Saturday, September 18, 2010

Produk kompang

Gambar- Gambar Koleksi Kompang

Kompang Indonesia
ko

Kompang Malaysia
ko
Gambus Malaysia
ko
Cenderahati Kompang
ko
Kompang Mengikut Saiz
ko
Angklung Malaysia
ko
Maracas
ko
Tamborine
ko

Wednesday, September 15, 2010

Perusahaan Kompang dan Jidor Mokhtar

Perusahaan Kompang dan Jidor Mokhtar merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam bidang membuat serta membekal kompang dan jidor sebagai produk utama. Disamping itu juga kami membekalkan produk muzik tradisonal seperti gendang, rebana, angklung, gamelan dan lain-lain.Perusahaan ini di asaskan dari perusahaan keluarga.Perpengalaman membekal pada sekolah-sekolah mahupun pun orang persendirian.


Aktiviti Perusahaan
- Membuat, membekal dan memperbaiki produk utama iaitu kompang, jidor dan gendang serta pelbagai alat muzik tradisonal,
- Membekal alat-alat muzik tradisonal seperti angklung, rebana, gamelan dan pelbagai produk berasaskan muzik tradisional.
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan, pembekalan dan rundingan dari sudut muzik tradisonal

Produk Utama

Kompang Jidor
ko
ji

Friday, January 15, 2010

Pengenalan Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Thursday, October 15, 2009

Kompang



Pengenalan
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.
Fungsi
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau
Cara Bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.
Lain-lain Gambar

Saturday, August 15, 2009

PASUKAN KOMPANG

Pasukan Kompang Ezhar dalam segak bergaya

PASUKAN KOMPANG EZHAR TERLIBAT DALAM PESTA JOMHEBOH TV3

  • Info menarik mengenai Kumpulan Kompang Ezhar adalah seperti berikut:

    • Sering di undang untuk Majlis-Majlis Perkahwinan, Majlis Perasmian dan pelbagai Majlis Formal

Majlis Formal yang lain antaranya:-

  • Majlis Perkahwinan Mukhriz Mahathir anak Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahatir Mohamad

  • Menyambut ketibaan pemain bolasepak Manchaster United ke Malaysia

  • Majlis Pelancaran KLIA Sepang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahatir Mohamad

  • Menyambut ketibaan Michael Jackson ke Malaysia

  • Pelancaran Keretapi Mewah ‘The Oriental Express’ di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

  • Perasmian Menara Kuala Lumpur

  • Majlis Pecah Tanah Hotel Palace Of The Golden Horses oleh Datuk Seri Dr.Mahatir Mohamad

  • Persembahan Hari Kebangsaan dari tahun 2001 hingga 2006; Dataran Merdeka & Dataran Putrajaya

  • Persembahan & Temuramah “Live D’Silk” bersama DJ Lokman di stesen radio KLFM 97.2fm

  • Perarakan Di Raja SPB YDP Agong Tuanku Syed Sirajuddin di Kompleks Bunga Raya KLIA

MENARIK

LAMAN WEB RASMI JALAL KOMPANG

HIBURAN PERKAHWINAN/KARAOKE

  • ARS Entertainment - http://arsentertainment.fotopages.com. Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Abd. Rahman Sulaiman. 03-77815991, HP : 019-2453726.

  • Burned Audio - http://burnedaudio.wordpress.com/ Pakej termurah & koleksi karaoke lagu-lagu terbaru. Pakej yang disediakan oleh burnedaudio adalah mengikut bajet dan kepuasan pelanggan. Kami meyediakan
    perkhidmatan DJ & Karaoke untuk majlis-majlis perkahwinan dan event dengan tawaran harga murah serta boleh dirunding. 019-3726740 (Fadzlee)

  • Gemalai Sari Dance Group - A Malay Traditional Dance Group who ensures a memorable evening for the host and guests with soothing and beautiful traditional music. Tel: 012-2905653

  • Mr. Emcee - Majlis Perkahwinan di Dewan atau Hotel. Rai dan ceriakan detik bersejarah itu dengan rangkaian pantun, gurindam dan seloka. Hubungi Khairi Khairuddin sebagai Pengacara Majlis anda di 012-3362627 atau e-mel: mr.emcee@yahoo.com.

  • Syazul Enterprise - Service: Photography, Videography, PA System & Karaoke and Wedding Consultant Planner. Contact: Hazizul 012 971 4117 or Syikin 012 339 1662

  • Wedding Entertainment - Hanya RM250/sehari. Menyedia dan menyewakan peralatan PA system, karaoke dll utk majlis-majlis keraian. Laman web: http://wedding-pa-system.blogspot.com . Hubungi Lan : 012-9737857 NEW!

POSISI PEMAIN KOMPANG

Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.
Susunan pemain kompang

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;

• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.

• Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.

• Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;

• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu

• Pukulan lagu dan

• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.

Thursday, July 16, 2009

TEKNIK PERMAINAN

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.