Monday, June 15, 2009

Kompang

PENGENALAN

Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.
Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulang pula adalah daripada kulit kambing.
Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah:
a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
b. Kompang Johor / Jawa
c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )


Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur adalah seperti berikut:

Saiz (cm) Umur (tahun)
30 cm 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm 13 dan 14
35 cm 15 dan 16
37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa