Saturday, August 15, 2009

POSISI PEMAIN KOMPANG

Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.
Susunan pemain kompang

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;

• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.

• Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.

• Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;

• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu

• Pukulan lagu dan

• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.

No comments:

Post a Comment