Pengenalan | ||
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. | ||
Fungsi | ||
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau | ||
Cara Bermain | ||
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. | ||
Lain-lain Gambar | ||
|
Thursday, October 15, 2009
Kompang
Saturday, August 15, 2009
PASUKAN KOMPANG
Pasukan Kompang Ezhar dalam segak bergaya
PASUKAN KOMPANG EZHAR TERLIBAT DALAM PESTA JOMHEBOH TV3
-
Info menarik mengenai Kumpulan Kompang Ezhar adalah seperti berikut:
-
Sering di undang untuk Majlis-Majlis Perkahwinan, Majlis Perasmian dan pelbagai Majlis Formal
-
Majlis Formal yang lain antaranya:-
-
Majlis Perkahwinan Mukhriz Mahathir anak Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahatir Mohamad
-
Menyambut ketibaan pemain bolasepak Manchaster United ke Malaysia
-
Majlis Pelancaran KLIA Sepang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahatir Mohamad
-
Menyambut ketibaan Michael Jackson ke Malaysia
-
Pelancaran Keretapi Mewah ‘The Oriental Express’ di Stesen Keretapi Kuala Lumpur
-
Perasmian Menara Kuala Lumpur
-
Majlis Pecah Tanah Hotel Palace Of The Golden Horses oleh Datuk Seri Dr.Mahatir Mohamad
-
Persembahan Hari Kebangsaan dari tahun 2001 hingga 2006; Dataran Merdeka & Dataran Putrajaya
-
Persembahan & Temuramah “Live D’Silk” bersama DJ Lokman di stesen radio KLFM 97.2fm
-
Perarakan Di Raja SPB YDP Agong Tuanku Syed Sirajuddin di Kompleks Bunga Raya KLIA
MENARIK
HIBURAN PERKAHWINAN/KARAOKE
-
ARS Entertainment - http://arsentertainment.fotopages.com. Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Abd. Rahman Sulaiman. 03-77815991, HP : 019-2453726.
-
Burned Audio - http://burnedaudio.wordpress.com/ Pakej termurah & koleksi karaoke lagu-lagu terbaru. Pakej yang disediakan oleh burnedaudio adalah mengikut bajet dan kepuasan pelanggan. Kami meyediakan
perkhidmatan DJ & Karaoke untuk majlis-majlis perkahwinan dan event dengan tawaran harga murah serta boleh dirunding. 019-3726740 (Fadzlee) -
Gemalai Sari Dance Group - A Malay Traditional Dance Group who ensures a memorable evening for the host and guests with soothing and beautiful traditional music. Tel: 012-2905653
-
- Majlis Perkahwinan di Dewan atau Hotel. Rai dan ceriakan detik bersejarah itu dengan rangkaian pantun, gurindam dan seloka. Hubungi Khairi Khairuddin sebagai Pengacara Majlis anda di 012-3362627 atau e-mel: mr.emcee@yahoo.com.
-
Syazul Enterprise - Service: Photography, Videography, PA System & Karaoke and Wedding Consultant Planner. Contact: Hazizul 012 971 4117 or Syikin 012 339 1662
-
Wedding Entertainment - Hanya RM250/sehari. Menyedia dan menyewakan peralatan PA system, karaoke dll utk majlis-majlis keraian. Laman web: http://wedding-pa-system.blogspot.com . Hubungi Lan : 012-9737857 NEW!
POSISI PEMAIN KOMPANG
Susunan pemain kompang
Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;
• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.
• Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.
• Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.
Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;
• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu
• Pukulan lagu dan
• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.
Thursday, July 16, 2009
TEKNIK PERMAINAN
Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.
Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.
Wednesday, July 15, 2009
Sejarah kompang
Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.
Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)
FUNGSI
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)
2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar
3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi
6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.
Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.
Monday, June 15, 2009
Kompang
Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.
Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulang pula adalah daripada kulit kambing.
Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah:
a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
b. Kompang Johor / Jawa
c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )
Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur adalah seperti berikut:
Saiz (cm) Umur (tahun)
30 cm 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm 13 dan 14
35 cm 15 dan 16
37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa