Wednesday, July 15, 2009

Sejarah kompang

Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;

Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)

FUNGSI

Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)

2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar

3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.

4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.

5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.


Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment